SEJARAH KAMI
Adakah anda tahu bahawa jenama Dettol bermula sejak tahun 1933? Dettol pada asalnya digunakan di hospital sebagai antiseptik untuk ibu-ibu baru bersalin, dan untuk pesakit yang keluar dari bilik pembedahan. Pada masa itu, jangkitan boleh menyebabkan komplikasi yang membawa maut, tetapi selepas Dettol diperkenalkan, kejadian sepsis puerperal menurun sebanyak 50%
SAINS DAN INOVASI
Pusat Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi kami terdapat di seluruh dunia. Dari hab makmal utama kami yang terletak di AS ke makmal serantau kami di UK, China dan India. Di sinilah kami menyelidik, membangunkan dan menguji produk dengan teliti untuk memastikan ia sesuai untuk anda dan rumah anda.
TABIAT YANG SIHAT UNTUK IBU BAPA
Adalah misi kami untuk sentiasa mencari peluang bagi mendidik keluarga mengenai tabiat yang sihat untuk diamalkan dan kaedah terbaik untuk melakukannya. Ketahui bagaimana kami berhasrat untuk membantu ibu bapa baharu memberikan perlindungan kepada keluarga mereka.
USAHA KELESTARIAN
Kami yakin untuk mewujudkan dunia yang lebih bersih, itulah sebabnya kami telah melancarkan tisu baharu kami yang diperbuat daripada 100% gentian tumbuhan terbiodegradasi dan kami berusaha untuk melancarkan lebih banyak inovasi yang lestari. Pada akhirnya, berbuat baik untuk planet bermula di rumah.