Kebersihan Keluarga dan pelancongan
Cuti bermusim dan perayaan agama seperti Krismas dan Ramadan ialah masa yang menggembirakan keluarga, di mana ramai antara kita yang melakukana perjalanan pada waktu kemuncak untuk mengunjungi saudara-mara dan orang tersayang. Pastikan anda merancang perjalanan anda dengan betul supaya anda dan keluarga anda tidak menghabiskan cuti dengan perasaan yang tidak selesa. Ikuti tips keselamatan perjalanan ini.
Tips keselamatan perjalanan:
Persediaan sebelum melancong ke luar negara
Sebelum anda berkemas untuk memulakan percutian anda, semak sama ada anda perlukan sebarang vaksin – walaupun anda pernah pergi ke sesuatu kawasan itu beberapa kali sebelum ini, anda mungkin memerlukan penggalak untuk memastikan anda dilindungi daripada penyakit bawaan serangga (seperti malaria) untuk tempoh penginapan anda.
Buat senarai ubat yang perlu anda bawa seperti antihistamin, tablet cirit-birit, garam rehidrasi, parasetamol dan ibuprofen. Jika anda atau sesiapa sahaja dalam keluarga anda mengalami keadaan perubatan yang memerlukan ubat yang kerap, pastikan anda mempunyai bekalan yang mencukupi. Jika anda merancang untuk terbang ke sesuatu destinasi, ingat untuk membawa item ini di dalam bagasi tangan anda.
Jika anda menikmati pelancongan dengan bayi atau anak kecil, periksa makanan untuk mereka makan yang tersedia di destinasi supaya anda boleh merancang sewajarnya.
Tips keselamatan perjalanan
Idea yang baik untuk membawa Tisu Basah Antibakteria Dettol untuk digunakan di dalam kapal terbang, kereta api atau di dalam kereta, supaya anda boleh membersihkan tangan dan permukaan di sepanjang perjalanan
Apabila orang ramai mengembara bersama di dalam ruang terhad pengangkutan awam, kuman boleh dipindahkan dengan mudah, sama ada melalui udara mahupun melalui permukaan yang kerap disentuh. Untuk membantu melindungi diri anda, basuh tangan anda dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih, atau jika sabun dan air bersih tidak tersedia, gunakan Gel Pensanitasi Tangan Dettol
Jika sesiapa yang bersama dalam pelancongan anda mengalami selsema atau flu, pastikan mereka menggunakan tisu apabila bersin, buang tisu tersebut dengan betul selepas itu dan pastikan tangan mereka dibersihkan untuk mengelakkan pencemaran kepada rakan pengembara.
Pastikan tangan anda dibersihkan secara sihat untuk mengurangkan risiko penyebaran kuman, ke mana-mana sahaja anda pergi.
Apabila anda mencuci tangan, luangkan masa selama sekurang-kurangnya 20 saat untuk menggosoknya dengan sabun dan air dengan memberi perhatian khusus pada bahagian belakang tangan, di celah kuku dan jari. Gunakan tuala yang kering dan bersih atau tuala kertas untuk mengeringkan tangan anda dengan sempurna.
Senarai pembungkusan percutian anda
Sebagai persediaan sebelum melancong ke luar negara, bawa bersama barangan berikut semasa mengembara dan anda akan memberikan peluang terbaik kepada diri dan keluarga anda untuk menikmati pelancongan yang menggembirakan, sihat dan bebas penyakit.
- Penghalau serangga
- Krim matahari faktor tinggi (untuk cuaca panas)
- Tablet cirit-birit
- Garam rehidrasi
- Peti pertolongan cemas kecil
- Gel Pensanitasi Tangan Dettol
- Tisu Basah Antibakteria Dettol
- Tisu
- Sebarang ubat yang biasa
- Pakaian yang bersih untuk ditukar
Bolehkah anda meminum air?
- Ketahui sama ada air di kawasan tempatan selamat atau tidak semasa anda mengembara. Jika ia tidak bersih, anda dan keluarga anda boleh mengalami sakit perut, cirit-birit dan seterusnya, dehidrasi. Berwaspada di negara yang airnya mungkin tidak selamat untuk diminum.
- Masak air hingga mendidih dan sejukkan dengan sempurna sebelum meminumnya
- Jika anda membeli air yang dibotolkan, pastikan pengedapnya berkeadaan baik
- Gosok gigi anda menggunakan air yang dibotolkan
- Cuci sayur dan buah-buahan dengan air yang dibotolkan
- Ais selalunya dibuat daripada air paip, jadi sebaiknya elakkan ais sama sekali
- Pesan makanan panas di restoran, kerana memasak pada suhu yang tinggi akan membunuh bakteria berbahaya (dan salad mungkin telah dibilas dalam air yang tercemar)
- Berhati-hati dengan makanan gaya bufet – ia mungkin telah berada di bawah sinar matahari atau terdedah kepada lalat selama beberapa jam
- Elakkan memakan ais krim, kerana peti sejuk mungkin dimatikan pada waktu malam
- Jika pantai tidak kelihatan bersih, jangan berenang di dalam air
Serangga dan haiwan
- Sentiasa gunakan penghalau serangga organik apabila anda pergi ke kawasan yang terdapat serangga yang menggigit
- Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mula berasa tidak sihat selepas digigit serangga
- Elakkan sebarang sentuhan dengan haiwan liar atau terbiar. Ia sering membawa penyakit yang boleh dipindahkan kepada anda jika anda digigit.
- Jika anda digigit haiwan, basuh luka dengan sempurna menggunakan air bersih selama sekurang-kurangnya lima minit sebelum merawatnya dengan Cecair Antiseptik
- Walaupun anda berasa sihat, sentiasa dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera untuk memeriksa kecederaan anda
- Jika anda mengunjungi kawasan yang mempunyai rsiko jangkitan malaria, pastikan anda terus mengambil tablet antimalaria seperti yang diarahkan selepas anda pulang ke rumah.
Pelancongan ialah pengalaman yang indah dan melakukannya secara sihat mengurangkan risiko kenangan yang dicemari penyakit. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk lain kami bagi mengamalkan kebersihan yang baik, klik di sini.