Cara Mencuci Tangan Anda
Menjaga kebersihan tangan ialah cara yang mudah untuk membantu mencegah penyebaran bakteria dan virus. Ketahui lebih lanjut tentang bila masanya anda perlu mencuci tangan dan cara melakukannya dengan paling berkesan.
Langkah mencuci tangan mudah dilakukan dan baik untuk membantu mencegah penyebaran penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.
Bilakah anda perlu mengamalkan 7 langkah mencuci tangan anda?
Tangan anda menyentuh pelbagai permukaan sepanjang hari, oleh itu ia boleh mengumpul bakteria dan virus. Menjaga kebersihan tangan anda sepanjang hari adalah satu amalan yang baik, tetapi pastikan anda mencuci tangan dengan pembasmi kuman tangan terutamanya pada waktu-waktu penting ini¹:
- Selepas menggunakan tandas atau menukar lampin
- Ketika masuk ke dalam rumah terutamanya selepas balik dari melancong
- Sebelum dan selepas mengendalikan makanan mentah seperti daging dan telur
- Sebelum makan atau mengendalikan makanan
- Selepas menghembus hidung, bersin atau batuk
- Sebelum dan selepas merawat luka atau kecederaan
- Selepas menyentuh haiwan, termasuk haiwan peliharaan, makanan mereka dan selepas membersihkan sangkar mereka
7 langkah mencuci tangan anda:
- Basahkan tangan dengan air bersih yang mengalir
- Sapukan sedikit sabun tangan - 2 pam pembasmi Pencuci Tangan Dettol
- Gosok tapak tangan anda (jauh dari air)
- Gosok jari dan ibu jari anda dan cebisan di antaranya
- Gosok kuku anda pada tapak tangan
- Gosok kedua-dua belakang tapak tangan
- Bilas dengan air bersih yang mengalir
- Keringkan dengan tuala bersih atau kertas tisu
Anda hendaklah mencuci tangan anda sekurang-kurangnya selama 20 saat.
Rujukan: