Cara membersihkan peralatan elektronik di rumah
Secara purata, seseorang akan menyentuh telefonnya beberapa kali dalam sehari. Mengekalkan kebersihan rumah adalah suatu cabaran, kerana sesetengah kawasan – seperti telefon bimbit anda – sering diabaikan. Telefon bimbit anda, begitu juga alat kawalan jauh televisyen, pengawal permainan dan juga suis selalunya tidak diberi perhatian sewajarnya apabila melibatkan pembersihan.
Membersih dan membasmi kuman pada peralatan elektronik ialah langkah yang bermanfaat bagi memastikan keselamatan keluarga anda dan memastikan permukaan sentuhan tinggi seperti telefon, komputer riba dan pengecas tidak menjadi magnet kuman.
Pastikan rumah anda bebas daripada kuman dengan langkah mudah ini.
Alat:
- Tanggalkan bateri atau matikan suis perkakas untuk memastikan anda tidak merosakkan alat yang dibersihkan.
- Pertama sekali, bersihkan permukaan untuk menghilangkan sebarang bahan cemar, habuk dan kotoran. Anda boleh melakukan ini dengan mengelap dengan air yang dibancuh sabun dan sehelai kain.
- Kemudian sapu pembasmi kuman pada permukaan menggunakan sama ada kain lap disinfektan atau semburan pembasmi kuman.
Mainan elektronik kanak-kanak:
- Celupkan sehelai kain ke dalam detergen dengan air, perah dan seterusnya lap mainan. Berhati-hati untuk tidak meninggalkan lebihan air pada mainan kerana ini boleh menyebabkan kerosakan kekal.
- Untuk langkah seterusnya, gunakan kain lain untuk mengelap seluruh permukaan dengan disinfektan.
- Untuk menghilangkan sebarang detergen berlebihan, gunakan kain yang dicelup ke dalam air bersih untuk mengelap mainan sekali lagi.
Telefon Bimbit atau tablet anda:
- Pastikan anda membuka sarung atau pelitup yang terdapat pada alat anda.
- Bersihkan skrin, butang, bucu dan tempat lain yang sering memerangkap habuk dan berdaki.
- Untuk membasmi kuman, celup kain lembut dalam air yang dibancuh dengan cecair pembasmi kuman untuk memastikan anda mengehadkan penyebaran kuman.
Komputer Anda
- Bersihkan dan basmi kuman pada komputer anda secara rutin - terutamanya jika anda bekerja dari rumah. Ia mungkin kelihatan bersih, tetapi kuman boleh melekat pada skrin, papan kekunci dan juga tetikus.
- Beri perhatian pada kekunci, tetikus dan aksesori komputer atau komputer riba anda dan gunakan semburan pembasmi kuman.
Petua yang perlu diingat:
- Sentiasa gunakan produk pembasmian kuman dan pembersih yang dipercayai dan dikenali.
- Jika anda menggunakan produk dengan kandungan kimia, gunakan sarung tangan perlindungan dan gogel.
- Ketahui apa yang perlu dilakukan jika anda menumpahkan produk secara tidak sengaja.
- Jangan sekali-kali mencampurkan bahan kimia,
- Sentiasa simpan produk pembasmian kuman dan pembersih di tempat yang selamat.
- Jauhkan produk pembersihan dari sinar matahari secara langsung.
Memandangkan anda telah mengetahui cara memastikan barangan elektronik anda bersih secara sihat, klik di sini untuk mengetahui produk lain yang kami sediakan yang melibatkan penjagaan kebersihan di rumah anda.